Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 7/1/2019

469

Jika diteliti kembali pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY pada dagangan minggu lalu, harga kembali menunjukkan kenaikan pada penghujung minggu selepas terjunan ketara harga sehingga mencecah ke paras serendah 132.300 sebelumnya. Kenaikan harga pada GBP/JPY adalah didorong oleh faktor risiko dalam pasaran yang semakin pudar dan mengurangkan permintaan terhadap matawang safe-haven Yen sebelum ini. Pada dagangan Jumaat, kenaikan harga yang diteruskan telah berjaya mencapai ketinggian di paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line.

Pada permulaan dagangan hari ini pula, harga dilihat bergerak agak perlahan sepanjang sesi pasaran Asia sehingga bersambung pada pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga berjaya meneruskan kenaikan yang dilakukan sejak penghujung minggu lalu, harga bakal menuju ke paras resistance 138.932 (MagicR1) dahulu sebelum naik lebih tinggi untuk menguji pula paras resistance 139.860 (MagicR2) yang dilihat akan menjadi paras SBR (support become resistance) terbaru pada chart GBP/JPY. Kenaikan lebhih tinggi harga akan menuju pula ke paras yang turut dilihat berpotensi membentuk zon SBR yang baru di sekitar paras 141.430 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga menunjukkan pergerakan menurun dan bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 137.362 hari ini, harga akan menguji paras minor RBS (resistance become support) pada 136.434 (MagicS1). Kemudiannya, paras support yang berada lebih rendah di paras 134.864 (MagicS2) dilihat pula sebagai paras yang bakal menjadi destinasi tumpuan harga pada penurunan yang seterusnya. Dan sekiranya momentum penurunan harga masih dikekalkan, harga bakal turun menguji pula paras support pada 133.936 (MagicS3) sebelum reaksi harga pada paras support 132.300 yang dicecah ketika terjunan harga minggu lalu akan menjadi perhatian para pelabur.

Ikuti perkembangan penting Brexit minggu ini serta beri tumpuan juga terhadap sentimen pasaran semasa yang berubah-ubah dan mempengaruhi pergerakan harga dalam pasaran khususnya pada chart GBP/JPY ini. Bandingkan paras tumpuan harga pada chart GBP/JPY dengan paras harga yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line dan lihat sendiri keberkesanannya untuk analisis teknikal anda.

 

Paras support: 136.434, 134.864, 133.936.

Paras resistance: 138.932, 139.860, 141.430.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat