Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 1/2/2019

211

Pound Sterling cuba untuk mengukuhkan kembali nilai dagangannya pada Khamis setelah terkesan daripada penolakan pindaan pelan Brexit pada undian Parlimen baru-baru ini. Harga pada chart pasangan matawang GBP/USD dilihat beberapa kali cuba untuk membuat kenaikan dan menguji paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line, namun harga gagal melepasi paras tersebut dan turun di sekitar paras Magic Pivot setelah USD kembali mendapat rentak untuk mengukuh selepas data jualan rumah di Amerika Syarikat mencatatkan angka yang meningkat.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga bergerak rendah dari paras Magic Pivot 1.3120 dan menyentuh paras support 1.3079 (MagicS1) sebelum bergerak perlahan semula sehingga penghujung sesi. Jika harga turun lebih rendah dari paras tersebut, harga bakal menguji pula paras support pada dagangan Rabu lalu sekitar 1.3057 (MagicS2). Dan penurunan harga yang masih diteruskan dilihat akan ke paras zon RBS (resistance become support) sekitar paras resistance 1.3016 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga menunjukkan kenaikan pada dagangan hari ini lebih tinggi dari paras Magic Pivot, paras awal kenaikan dilihat akan menuju ke resistance 1.3142 (MagicR1). Seterusnya harga akan meneruskan kenaikan ke paras resistance yang lebih tinggi dilihat berada pada 1.3183 (MagicR2) sementara paras ketinggian pada dagangan Selasa lalu bakal diuji jika kenaikan diteruskan ke paras resistance 1.3205 (MagicR3).

Terus pantau perkembangan Brexit bersambung pada minggu hadapan pula dan pastikan anda bersedia untuk menghadapi pergerakan volatile harga yang dijangka akan berlaku sejurus laporan data pekerjaan NFP dikeluarkan pada sesi pasaran New York sebentar lagi. Tentukan paras support dan resistance terbaik pada chart GBP/USD untuk membantu anda mengenalpasti paras sesuai untuk posisi dagangan dan juga untuk tujuan mengawal risiko.

 

Paras support: 1.3079, 1.3057, 1.3016.

Paras resistance:  1.3142, 1.3183, 1.3205.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat