Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 10/10/2018

299

Pergerakan harga pada pasangan matawang GBP/USD pada sesi pasaran Eropah semalam melihatkan harga membuat penurunan di atas faktor ketidaktentuan Brexit yang melemahkan nilai matawang GBP. Namun, komen positif daripada Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah, Barnier melonjakkan kembali nilai matawang GBP pada sesi pasaran New York semalam. Harga yang membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot semalam sehingga ke paras support MagicS1 kembali membuat lonjakan semula sehingga 110 pips ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line dan menutup harga di sekitar paras tersebut. Lonjakan harga yang dibuat semalam dilihat telah melepasi paras ketinggian yang dicapai harga pada Isnin lalu.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat bergerak perlahan pada permulaan sesi dan dibuka lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.3108 hari ini. Kenaikan harga bakal menuju ke paras resistance yang terdekat yang berada di paras 1.3184 (MagicR1) sebelum harga menguji paras resistance 1.32000 yamg tidak berjaya ditembusi harga sebelum ini. Dilihat juga pada zon resistance tersebut adalah resistance 1.3227 (MagicR2) pada indicator Moshed Magic Line. Sekiranya harga mampu breakout paras-paras tersebut, jangkaan harga bakal membuat kenaikan untuk menguji paras resistance seterusnya yang berada di 1.3303 (MagicR3) iaitu zon paras ketinggian yang dicapai harga pada September.

Namun, jika rundingan Brexit kembali dilihat negatif dalam pasaran, jangkaan harga bakal mengalami kejatuhan semula dan harga akan membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot 1.3108 dan menuju ke paras support terdekat iaitu pada 1.3065 (MagicS1). Momentum penurunan harga yang terus dikekalkan bakal menyaksikan harga jatuh sehingga ke paras support yang lebih rendah yang dilihat berada pada paras 1.2989 (MagicS2). Dan jika harga masih meneruskan penurunannya, harga dilihat akan menguji semula paras support 1.2947 (MagicS3) yang berada pada zon support di mana paras tersebut telah diuji harga beberapa kali sebelum ini.

Teruskan memberi tumpuan terhadap perkembangan rundingan Brexit yang dilaporkan bakal mencapai persetujuan pada minggu hadapan. Namun, pasaran tetap berwaspada terhadap sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk melihat paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart GBP/USD ini.

 

Paras support: 1.3065, 1.2989, 1.2947.

Paras resistance: 1.3184, 1.3227, 1.3303.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat