Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 18/12/2018

174

Matawang Sterling telah membuat lonjakan dari paras terendah 20 bulan pada sesi dagangan semalam selepas Perdana Menteri Britain Theresa May telah menjadualkan semula undian Parlimen yang ditangguhkan pada minggu lalu kepada pertengahan Januari nanti. Dengan itu, dapat dilihat pada chart pasangan matawang GBP/USD semalam Sterling mengambil kesempatan untuk melonjakkan harga ekoran USD gagal meneruskan pengukuhan nilai matawangnya. Harga telah membuat kenaikan  melepasi paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam namun sebelum harga menyentuh paras resistance MagicR1, harga kembali turun semula ke paras Magic Pivot. USD dijangka akan terus didagangkan berhati-hati sehingga pengumuman kadar faedah pada mesyuarat FOMC Khamis ini.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga yang dilihat memulakan dagangan di sekitar paras Magic Pivot 1.2612 membuat kenaikan menuju ke paras resistance 1.2652 (MagicR1). Jika harga berjaya meneruskan kenaikan melepasi paras resistance tersebut, harga bakal menuju ke paras resistance yang lebih tinggi di sekitar 1.2687 (MagicR2) yang turut dilihat berada pada zon SBR (support become resistance) pada chart GBP/USD. Jika harga berjaya tembusi zon SBR tersebut, harga berkemungkinan meneruskan kenaikan menuju ke paras resistance sekitar 1.2727 (MagicR3) pula.

Namun, jika GBP terus didagangkan merosot dan harga menunjukkan penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan harga akan menuju ke paras support 1.2577 (MagicS1) sebelum penurunan lebih rendah harga seterusnya akan menguji pula paras support pada dagangan Jumaat lalu di sekitar paras 1.2537 (MagicS2). Dan sekiranya USD berjaya mengukuh kembali dan terus memberi tekanan terhadap Sterling, harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras sekitar 1.2502 (MagicS3) yang merupakan zon dagangan terendah harga pada chart GBP/USD untuk tahun ini.

Terus mengikuti perkembangan Brexit pada minggu ini sementara pasaran didagangkan berhati-hati menjelang penetapan dasar monetari pada mesyuarat FOMC awal Khamis nanti. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk mencari potensi paras-paras terbaik untuk posisi dagangan pada chart GBP/USD anda.

 

Paras support: 1.2577, 1.2537, 1.2502.

Paras resistance:  1.2652, 1.2687, 1.2727.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat