Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 13/12/2018

150

Matawang dollar CAD yang mengukuh ekoran kenaikan harga minyak mentah berjaya menekan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD pada dagangan semalam selepas matawang USD sedikit melemah ekoran penurunan pada bacaan inflasi bulan November. Harga pada dagangan semalam bergerak rendah dari paras Magic Pivot sejak awal sesi Asia lagi terus menyambung penurunan sehingga ke paras support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum kembali pantul ke paras support MagicS2 untuk menutup dagangan sesi New York di sekitar paras tersebut.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga bergerak mendatar di sekitar paras Magic Pivot 1.3356 hari ini dan masih dilihat menguji paras tersebut sehingga menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga kembali menyambung penurunan semalam, jangkaan harga akan cuba turun menguji semula paras terendah semalam dan berhampirannya dilihat paras support 1.3317 (MagicS1) yang akan menjadi tumpuan. Seterusnya, penurunan akan diteruskan pula ke paras support yang diuji ketika harga membuat terjunan drastik pada dagangan Jumaat lalu ketika laporan data pekerjaan Kanada dikeluarkan. Sedikit lagi penurunan harga dijangka akan melihatkan harga mencecah ke paras support 1.3243 (MagicS3).

Namun, sebaliknya jika harga membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, paras resistance 1.3390 (MagicR1) dilihat paras awal yang menjadi tumpuan harga. Harga yang meneruskan kenaikan melepasi paras resistance tersebut dijangka akan menguji paras ketinggian yang diuji pada dagangan Selasa lalu di sekitar paras 1.3429 (MagicR2). Seterusnya, kenaikan harga yang diteruskan bakal menguji paras tertinggi pada dagangan USD/CAD untuk tahun ini dan cuba mencari paras ketinggian baru di sekitar paras resistance 1.3463 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan pasaran minyak mentah global yang menjadi penyumbang utama kepada perubahan nilai matawang Loonie dan juga pergerakan harga pada chart USD/CAD. Sesuaikan indicator Moshed Magic Line pada chart USD/CAD anda untuk melihat keberkesanan paras-paras yang disediakan dengan reaksi harga pada paras tersebut.

 

Paras support: 1.3317, 1.3283, 1.3243.

Paras resistance: 1.3390, 1.3429, 1.3463.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat