Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 24/10/2018

216

Sentimen pasaran risk-off memberi kelebihan kepada matawang Yen pada dagangan semalam di mana Yen lebih mengukuh berbanding USD dan jika dilihat pada pergerakan harga pada chart USD/JPY harga telah membuat terjunan yang agak konsisten. Dilihat berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga telah membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot sehingga ke paras support MagicS3 sebelum harga pantul semula dari paras tersebut dan menutup harga sekitar paras 112.400.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat perlahan pada permulaan sesi bergerak di sekitar paras Magic Pivot 112.409 sebelum harga sedikit membuat kenaikan untuk menuju ke paras resistance 112.874 (MagicR1). Namun, harga dilihat sedikit menurun menuju ke paras Magic Pivot semula dan harga semasa berada di paras 112.500 setakat jam 2.50 petang. Jika harga kembali meneruskan kenaikan dan berjaya melepasi paras resistance MagicR1, berkemungkinan harga boleh melonjak lebih tinggi lagi sehingga ke paras resistance pada 113.313 (MagicR2). Seterusnya, jika USD terus mengukuh berbanding JPY selepasi ini, paras resistance pada 113.778 (MagicR3) dilihat bakal menjadi destinasi kenaikan harga yang seterusnya.

Sebaliknya, jika harga terus mengalami kejatuhan dan bergerak rendah dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan harga akan turun untuk menguji paras support 111.970 (MagicS1) iaitu sekitar paras terendah yang dicapai harga semalam. Jika harga berjaya meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, harga dijangka akan membuat paras lower low yang baru berkemungkinan di paras support 111.505 (MagicS2) selepas harga berjaya breakout paras support 111.700 yang masih belum ditembusi sebelum ini. Kemudiannya, momentum penurunan yang masih kukuh bakal menyaksikan kejatuhan harga sehingga serendah paras 111.066 (MagicS3).

Sentiasa peka dan meneliti sentimen pasaran semasa yang tidak menentu dan banyak mempengaruhi pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY ini. Sesuaikan indicator Moshed Magic Line untuk rujukan anda setiap hari bagi memantapkan lagi analisis teknikal anda pada chart USD/JPY.

 

Paras support: 111.970, 111.505, 111.066.

Paras resistance: 112.874, 113.313, 113.778.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat