Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 7/1/2019

171

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY pada Jumaat menunjukkan harga bergerak mendatar di mana pengukuhan Yen sebelum ini semakin kehilangan momentum setelah ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China kembali reda. Selain daripada kenyataan berwaspada oleh Menteri Kewangan Jepun, Asakawa berikutan kebimbangan terhadap pasaran kewangan, risiko dalam pasaran yang semakin berkurangan turut mengurangkan permintaan terhadap matawang Yen. Sementara itu, dollar USD pula juga didagangkan lemah selepas pelabur memberi reaksi terhadap komen susulan daripada Pengerusi FED, Jerome Powell yang bernada dovish berkenaan dasar monetari oleh bank pusat yang akan datang. Julat pergerakan harga USD/JPY pada Jumaat sekitar 100 pips dan tidak menunjukkan reaksi yang ketara setelah laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat dikeluarkan.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga bergerak perlahan namun menunjukkan penurunan ke paras Magic Pivot 108.210 dan menguji paras tersebut pada penghujung sesi Asia menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga berjaya turun lebih rendah dari paras Magic Pivot tersebut, paras support terdekat pada 107.838 (MagicS1) dilihat sebagai paras awal yang akan dituju harga. Seterusnya, harga akan meneruskan penurunan ke paras lebih rendah berkemungkinan ke paras sekitar 107.137 (MagicS2) sebelum sedikit lagi penurunan akan menguji zon support pada dagangan Khamis lalu sekitar support 106.765 (MagicS3).

Namun jika harga gagal membuat penurunan lebih rendah dan kembali menunjukkan kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan kenaikan harga akan ke paras resistance 108.911 (MagicR1) yang berpotensi untuk menjadi paras SBR (support become resistance) yang baru pada chart USD/JPY. Seterusnya, kenaikan harga yang diteruskan dijangka akan cuba melepasi pula paras resistance 109.283 (MagicR2) sebelum menuju ke zon SBR sebelum ini untuk menguji paras tersebut pada sekitar resistance 109.984 (MagicR3).

Terus pantau perkembangan terbaru pada rundingan dagang AS-China di mana akan menjadi faktor utama menggerakkan nilai matawang safe-haven terutamanya Yen dan USD. Sentiasa kawal risiko untuk setiap posisi dagangan anda dan untuk analisis teknikal pula, indicator Moshed Magic Line adalah disyorkan untuk kegunaan harian sebagai rujukan serta membantu anda untuk mengurangkan risiko dalam dagangan.

 

Paras support: 107.838, 107.137, 106.765.

Paras resistance: 108.911, 109.283, 109.984.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat