Analisis WTI – Minyak AS Jatuh Menyembah Bumi!

499

Dagangan minyak mentah terus menyusut lebih rendah pada hari Isnin setelah pasaran gagal memanfaatkan berita mengenai langkah gabungan bank pusat global untuk krisis perbankan.

Pada pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan merosot pada sekitar harga $70 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat susut pada $64 setong.

Awal pagi ini, enam bank pusat global termasuk Federal Reserve (Fed) dan Bank Pusat Eropah (ECB) mengumumkan kesepakatan untuk meningkatkan aliran US dolar dalam sistem kewangan global.

Langkah ini bagi mengembalikan keyakinan pelabur dan orang ramai terhadap sistem perbankan yang telah runtuh sejak kejatuhan Silicon Valley Bank dan Signature Bank baru-baru ini.

Umum mengetahui, minyak mentah sensitif dengan berita negatif mengenai ekonomi, jadi krisis perbankan global turut memberi impak pada komoditi hitam itu.

Beralih kepada carta harga XTI/USD, harga telah berjaya menembusi paras sokongan 66.00 yang beberapa kali diuji sepanjang minggu lalu.

Sekiranya penyusutan dilanjutkan, harga mungkin akan menuju ke paras sekitar 63.00 yang terakhir kali dicecah pada penghujung November 2021.

Pun begitu, jika harga kembali mencatat kenaikan, paras 66.00 mungkin menjadi tumpuan untuk diuji semula.

Jika harga berjaya tembus paras tersebut, harga mungkin mendaki ke tahap 69.80 yang merupakan paras ketinggian pada Jumaat lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan XTI/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat