Anda Boleh Trade Matawang Kripto Jika Sudah Kuasai 3 Perkara Ini!

1,044

Matawang kripto merupakan salah satu instrumen baru dalam dunia kewangan. Oleh itu, terdapat ramai individu yang mula berjinak-jinak untuk melibatkan diri dengan matawang tersebut. Akan tetapi, anda perlu mnenguasai 3 perkara penting ini sebelum memutuskan untuk trade matawang kripto!

#Memahami asas matawang kripto

Sebagai seorang beginner, anda perlu memahami segala asas merangkumi bagaimana blockchain berfungsi, penyimpanan matawang kripto dan sebagainya. Dengan kemajuan teknologi terkini, segalanya berada di hujung jari.

Oleh yang demikian, anda boleh belajar dengan lebih mendalam berkenaan matawang kripto hanya melalui internet. Elakkan diri anda daripada trade secara membuta tuli. Cari ilmu terlabih dahulu!

#Mempunyai kemahiran mengkaji

Industri matawang kripto masih baru dan sudah tentu berhadapan dengan pelbagai risiko. Oleh itu, anda mestilah sentiasa peka dengan isu semasa yang dapat mempengaruhi matawang tersebut.

Terapkan amalan suka mengkaji dalam kehidupan anda. Berdasarkan kajian yang dilakukan, anda dapat membuat keputusan yang terbaik dalam trading serta dapat mengelakkan kerugian.

#Mampu mengesan scammer

Salah satu kemahiran terpenting buat seorang trader matawang kripto ialah mampu untuk mengesan scammer. Bagaimana? Anda perlu mengkaji! Hal ini demikian kerana gejala penipuan ini dijalankan dalam bentuk yang berbeza.

Jadi, anda perlu tahu untuk membezakan urusniaga matawang kripto yang sebenar atau penipuan. Gunakan aplikasi dan medium pertukaran terkemuka dan dipercayai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat