Andaian May dianggap Tidak Berasas Tanpa Bukti Yang Kukuh : Hilary Benn

38

Satu jawatankuasa parlimen berkata pada Selasa bahawa Perdana Menteri Britain, Theresa May perlu membuktikan pendapatnya yang mengatakan bahawa ketiadaan perjanjian perdagangan adalah lebih baik daripada perjanjian yang tidak membawa apa-apa manfaat. May digesa untuk membuktikan kenyataan itu dengan satu penilaian ekonomi apabila Britain meninggalkan Kesatuan Eropah tanpa sebarang perjanjian.

Selepas beberapa hari mencetuskan penceraian rasmi dengan Kesatuan Eropah, jawatankuasa yang terdiri daripada ahli parlimen konservatif dan beberapa pihak lain meminta agar kerajaan menyediakan pelan luar jangka (contingency plan) sekiranya UK gagal mematerai apa-apa perjanjian persefahaman selepas tempoh dua tahun berakhir.

May memilih untuk mencetuskan rundingan yang belum pernah terjadi di dalam blok sebelum ini dengan mendapatkan semula kawalan penuh ke atas imigresen dan mengembalikan kedaulatan UK.

Beliau juga mengatakan bahawa bersedia untuk meninggalkan blok walaupun tanpa sebarang perjanjian perdagangan. Namun begitu, kerajaan UK buat masa ini dikatakan enggan mengulas lanjut mengenai kebimbangan dalam kalangan pelabur terhadap halangan perdagangan baru jika Britain terpaksa kembali menggunakan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Menurut Hilary Benn, Pengerusi Jawatankuasa yang dikhaskan untuk mengedalikan hal ehwal keluar dari blok berpendapat kenyataan May tidak berasas jika tidak disertakan dengan bukti.

Beliau juga menambah bahawa parlimen perlu memainkan peranan dalam memutuskan jalan yang terbaik buat UK sama ada mempunyai perjanjian ataupun tidak.

RBA Kekalkan Kadar, Matawang AUD Menjunam

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat