RBA Kekalkan Kadar, Matawang AUD Menjunam

47

Aussie menjunam selepas keputusan yang diharapkan lebih agresif terhadap semakan kadar berlangsung neutral pada Selasa. Sejurus selepas pengumuman di buat, AUD/USD menjunam sebanyak 0.34 peratus kepada 0.7580.

AUD/USD, 30 minit

Gabenor RBA mengumumkan bahawa kadar masih dikekalkan pada paras 1.50 peratus disamping keadaan ekonomi global yang dinilai semakin memulih. Namun begitu, kadar inflasi di Australia masih di tahap yang agak rendah.

Dalam sesi ini juga, USD/JPY mula mengubah rentak apabila didagang menjunam sebanyak 0.42 peratus.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding enam matawang utama kali terakhir dinilai menyusut sebanyak 0.04 peratus kepada 100.32.

Terdahulu, Australia melaporkan lebihan imbangan perdagangan sebanyak A$3,574 Billion, hampir dua kali ganda disamping peningkatan jumlah eksport dan penurunan aktiviti import.

Dalam masa yang sama, NZD/USD didagang pada 0.6984, menurun sebanyak 0.41 peratus selepas data keyakinan perniagaan bagi suku pertama tahun ini menunjukkan penurunan kepada 17 peratus daripada 28 peratus.

Pasaran di Hong Kong, Taiwan, India dan China ditutup sempena cuti umum.

Semalam, US Dollar berundur dari paras tertinggi apabila data ekonomi diumumkan bercampur-campur dari Amerika Syarikat.

2 Kali Lagi Kenaikan Kadar Tahun Ini Berpadanan Dengan Keadaan Ekonomi : Patrick Harker

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat