ANKR Berupaya Tingkatkan Kecekapan Ekosistem Blockchain?

129

ANKR ditubuhkan pada November 2017 sebagai penyelesaian yang menggunakan sumber bersama serta bertujuan untuk menyediakan kaedah penyelesaian blockchain node hosting yang mudah dan berpatutan.

Blockchain node hosting di ANKR juga mampu menyelesaikan segala masalah pemusatan dan segala titik kegagalan yang dihadapi.

Pengasasnya Chandler Song berpendapat bahawa dengan kaedah tersebut secara tidak langsung ia dapat memberi kemampuan kepada pemaju dan klien perusahaan untuk menggunakan nod blockchain dengan mudah pada harga yang jauh lebih murah.

Setakat ini, ANKR mempunyai permodalan pasaran sebanyak $482 juta dan menjadikan ANKR berada di tangga ke-103 sebagai kripto yang paling berharga berdasarkan kepada permodalan pasaran.

Jika diteliti pada carta pergerakan harga ANKR/USDT, harga ANKR kelihatan masih berlegar-legar dan bergerak perlahan di bawah paras SBR (support become resistance) $0.075 setelah melonjak daripada paras sokongan sekitar $0.055.

Sekiranya pergerakan harga kembali ‘mengganas’ dalam membuat kenaikan, zon SBR seterusnya sekitar $0.090-$0.095 bakal menjadi paras tumpuan utama untuk diuji sebelum harga kembali mencatatkan kenaikan yang lebih agresif.

Jangkaan kenaikan yang lebih tinggi dijangka bakal menuju ke paras SBR $0.11 dan seterusnya dengan kenaikan tersebut ia bakal memberi isyarat yang jelas untuk harga ANKR kembali membuat trend bullish.

Namun jika pergerakan harga ANKR kembali mempamerkan corak penurunan, jangkaan harga bakal menuju ke paras sokongan $0.055 dan dinilai sama ada zon tersebut mampu untuk menyokong semula lonjakan harga.

Sebaliknya jika penurunan harga terus menembusi paras sokongan $0.055, berkemungkinan harga dijangka bakal menguji paras rintangan $0.035 atau membuat penurunan yang lebih rendah.

Setakat jam 11.30 pagi waktu tempatan, harga ANKR sedikit menyusut sebanyak 2.30% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $0.070.

Lihat gambar carta matawang kripto ANKR/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat