ANKR Bukan Sekadar Kripto Biasa, Lonjakan 100% Menjadi Tumpuan Pelabur!

312

Sesi dagangan minggu ini nampaknya memulakan pergerakan harga yang kurang memuaskan kerana mempamerkan pergerakan harga yang lemah.

Beberapa matawang digital masih konsisten dengan pergerakan harga yang positif menjadi tumpuan para pelabur.

ANKR menjadi tumpuan setelah menghasilkan 100% lonjakan secara konsisten, sekaligus mengambil alih kedudukan ke-90 teratas dalam pasaran kripto.

Selepas tersenarai daripada paltform OpenOcean, ANKR secara drastik menghasilkan lonjakan 19% mencatatkan paras tertinggi terbaru sekitar $0.107.

Selanjutnya, teliti pada carta pergerakan harga ANKR/USDT.

Sewaktu artikel analisa ANKR dikeluarkan pada hujung bulan Jun, ANKR didagangkan pada harga sekitar $0.070, secara konsistennya ANKR telah menghasilkan lebih 100% kenaikan positif.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga ANKR dilihat sedang berlegar-legar dan berusaha untuk menguji kembali paras SBR (support become resistance) sekitar $0.097.

Sekiranya pergerakan harga kekal dengan trend kenaikan, zon SBR sekitar $0.097 tersebut bakal menjadi tumpuan utama untuk diuji sebelum harga kembali mencatatkan kenaikan yang lebih agresif.

Namun jika pergerakan harga ANKR kembali mempamerkan corak penurunan, jangkaan harga bakal menuju ke paras RBS (resistance become support) $0.087 dan dinilai sama ada zon tersebut mampu untuk menyokong semula lonjakan harga.

Sewaktu penulisan, ANKR didagangkan pada harga sekitar $0.094 susut lebih 4% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto ANKR/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat