Antara Aussie dan Greenback, Mana Yang Lebih Mendominasi Pergerakan Harga Pada AUD/USD?

376

Matawang dolar Australia masih didagangkan agak berisiko dalam pasaran semasa. Data ekonomi yang menjadi tumpuan bank pusat seperti kadar inflasi masih mencatatkan bacaan yang lemah menyukarkan untuk langkah kenaikan kadar diteruskan.

Bacaan data indeks keyakinan pengguna di Australia turut merosot dan menimbulkan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi semasa.

Turut mempengaruhi nilai dagangan Aussie adalah sentimen pada negara rakan dagang terbesarnya iaitu China yang terjejas berikutan laporan kejatuhan pada nilai pasaran saham.

Pengeluaran perindustrian di China pula Cuma mencatatkan peningkatan 5.3% dalam tempoh dua bulan pertama untuk tahun ini dan gagal mencapai sasaran jangkaan kenaikan 5.5%. Angka tersebut juga memberi isyarat kadar pertumbuhan yang perlahan dalam tempoh 17 tahun.

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD melihatkan harga saling menolak turun dan naik dengan kekuatan kedua-dau matawang tersebut adalah seimbang.

Dengan dagangan USD yang turut gagal mencatatkan pengukuhan, Aussie berjaya menghalang kejatuhan harga pada AUD/USD.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada chart AUD/USD, harga telah membuat kenaikan dari paras terendah semasa sekitar 0.7005 sehingga ke paras zon SBR (support become resistance) pada sekitar paras 0.70900.

Harga yang sekali lagi menguji paras 0.70900 tersebut dilihat membuat penurunan pada dagangan hari ini turun lebih rendah melepasi paras Magic Pivot 0.7079 dan menguji paras support 0.7060 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line pada sesi pasaran Eropah petang ini.

Jika Aussie terus didagangkan lemah, harga berkemungkinan akan turun menuju kembali ke paras zon support 0.70000.

Namun jika harga berjaya mencatatkan kenaikan melepasi zon SBR semasa, lonjakan harga seterusnya berkemungkinan akan ke paras SBR seterusnya sekitar 0.71500 berhampiran paras resistance MagicR3 pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda merancang strategi dagangan yang lebih mantap.

Paras support: 0.7060, 0.7030, 0.7011.

Paras resistance: 0.7109, 0.7128, 0.7159.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat