Antara Optimis Dan Khuatir, Kemanakah Hala Tuju BTC?

989

Baru-baru ini pasaran berhadapan dengan kejatuhan harga Bitcoin (BTC) yang bertalu-talu berikutan isu sekatan dari kerajaan Kazakhstan kemudian diikuti jangkaan bahawa the Fed akan meningkatkan kadar faedah secara berperingkat dalam masa terdekat. Rententan itu, harga BTC telah jatuh hampir 40% sejak paras harga yang dicapai November yang lalu.

Namun beberapa hari ini kita melihat situasi mula berubah apabila tiada penegasan yang jelas dari kenyataan Jerome Powell mengenai kadar faedah dan bacaan inflasi A.S pada bulan Disember terus berkembang tinggi. Harga BTC mula meningkat daripada paras harga $39,000 kepada paras harga sekarang iaitu paras $44,000.

Bitcoin telah mencuba untuk menuntut semula paras harga $44,000 namun masih gagal dan berada di bawah paras dagangan setakat ini. Waima begitu, kebanyakkan aset kripto lain telah mula mencatat keuntungan ketara, ditambah pula dengan dua meme kripto utama mendahului carta. Dogecoin dan Shiba Inu kedua-duanya meningkat sekitar 13% pada skala harian.

Data Inflasi semalam telah menjadi salah satu pemangkin utama yang menggerakkan pasaran. Dalam tempoh beberapa jam selepas laporan tersebut dikeluarkan, BTC berjaya mencatat keuntungan sebanyak $2000. BTC terus menuju ke atas malah mencecah paras $44,000 selepas AS mengumumkan angka kadar inflasi tertinggi dalam tempoh 40 tahun. Lonjakan ini telah menghadirkan sikap optimis dalam kalangan sebahagian pemain pasaran.

Walaubagaimanapun, aset kripto  itu gagal untuk kekal di atas paras halangan tersebut dan kini didagangkan pada paras harga $43,788.16. Altcoin juga jatuh teruk pada minggu lalu kebanyakannya berada dalam keadaan menguntungkan. Ethereum merosot di bawah $3,000 pada hari Isnin tetapi bertindak balas dengan baik dan mula memulihkan nilai hampir serta-merta.

Sehingga kini, mata wang kripto kedua terbesar berada di atas $3,350 selepas kenaikan 3% lagi sejak semalam. Binance Coin telah menambah peratusan yang sama dan berada di atas paras harga $480.Memecoin yang menjadi kesukaan pemain pasaran iaitu Dogecoin dan Shiba Inu masing-masing telah untung 13%.

Di sebalik semua ini, terdapat segelinitir pemain pasaran yang mula mengambil sikap berhati-hati kerana cuti tahun baru Cina hanya dalam masa beberap minggu sahaja lagi. Pada hari ini, jumlah nilai pasaran kripto telah melebihi $1.850 trilion.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat