Apa Berlaku Pada USD Selepas Kejatuhan Minggu Lalu?

600

Dolar greenback dilihat meraih sedikit sokongan untuk diperdagangkan positif pada pembukaan awal minggu di sesi Asia.

Bagaimanapun, peningkatan yang dicatatkan agak terbatas disebabkan penurunan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun.

Peningkatan kes coronavirus di Asia dan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap vaksin AstraZeneca juga sedikit sebanyak mempengaruhi sentimen.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan pada 92.25. Sementara penanda aras hasil perbendahraan pula berlegar di sekitar 1.66% setelah turun serendah 1.617% pada minggu lalu.

Sementara itu, data pada hari Jumaat menunjukkan peningkatan tahunan terbesar dalam tempoh 9 setengah tahun dalam harga pengeluar AS, menyokong jangkaan untuk kenaikan inflasi lebih tinggi yang akan diterbitkan pada Selasa.

Pasaran pada hujung minggu juga menyaksikan ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang mengatakan ekonomi AS kini berada pada ‘titik perubahan’ dengan jangkaan bahawa pertumbuhan dan pengambilan pekerja akan meningkat dengan cepat pada bulan-bulan akan datang.

Namun, ia juga berisiko jika pembukaan semula sekatan secara tergesa-gesa menyebabkan peningkatan kes coronavirus yang berterusan.

Oleh itu, Powell mengatakan bahawa ‘sangat tidak mungkin’ Fed akan meningkatkan kadar faedah pada tahun ini, dalam wawancaranya bersama CBS ’60 Minutes’ pada hujung minggu.

Euro didagangkan stabil walaupun mencatat sedikit penyusutan di sekitar harga 1.18890 berbanding USD setelah meraih keuntungan pada minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat