Apa? Cardano Adalah Pelaburan Paling Rugi Pada 2023?

657

“Jangan pandang rendah, mana tahu harga ADA tiba-tiba lonjak tinggi pula.”

Cardano (ADA) telah berkembang selama bertahun-tahun sehingga menjadi antara mata wang kripto paling digemari ramai, tetapi para pelanggannya tidak bernasib baik apabila tahap keuntungannya terus menjunam dalam tempoh dua tahun lalu.

Menerusi pemerhatian, prestasi ADA adalah paling teruk berbanding top 10 aset digital lain yang berjaya mengekalkan tahap keuntungannya.

Peratusan pelabur ADA yang menyaksikan keuntungan pada masa ini telah susut pada 0% manakala pemegang yang menghadapi kerugian adalah sekitar 95%, dan 4% pula dilaporkan berada dalam keadaan neutral.

Di sisi lain, sebanyak 64% pemegang BTC yang telah menjana keuntungan kemudian 52% untuk Ethereum (ETH) dan pemegang yang untung dalam memecoin terbesar Dogecoin (DOGE) pula adalah 41%.

Berbalik pada ADA, 39% daripada semua pelabur ADA telah memegang aset digital tersebut dalam tempoh satu sehingga 12 bulan manakala 61% pula berjaya memegangnya lebih satu tahun.

Memang tidak dinafikan ADA menyaksikan keuntungan agak rendah, tetapi aset digital tersebut masih dapat mengekalkan aliran masuknya di mana $0.43 juta telah mengalir daripada pelabur institusi ke dalam ADA.

Menurut penganalisis kripto Gara Szabo, ADA berpotensi untuk mencecah $5 semasa pasaran kripto menyaksikan pergerakan bullish seterusnya manakala Hashtoshi pula berpandangan harganya mampu tembus $3 iaitu paras tertinggi pernah dicapainya pada 2021.

Setakat penulisan ini, harga ADA menjunam sebanyak 2.55% pada paras $0.24 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $8 bilion seterusnya merekodkan penurunan 3.56% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat