Apa Dah Jadi? US dolar Kekal Lemah Walaupun Selepas Data Jualan Runcit

598

US dolar menyusut untuk hari ketiga berturut-turut pada hari selasa apabila sentiman semasa pasaran global menggalakan para pelabur melabur semula dalam mata wang berisiko dan mengurangkan pertaruhan ke atas US dolar yang akhirnya menyebabkan penyusutan US dolar dari paras tertinggi dua dekad.

Komen hawkish daripada ketua bank pusat Belanda Klaas Knot telah mendorong mata wang euro untuk melonjak semula di atas $1.05 buat kali pertama sejak Khamis, menepis kebimbangan mata wang Euro akan kehilangan nilai berbanding US dolar.

Knot berkata bahawa bukan sahaja Bank Pusat Eropah ditetapkan untuk menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas pada bulan Julai, bank pusat itu juga bersedia untuk mempertimbangkan kenaikan yang lebih besar jika inflasi terbukti lebih tinggi daripada jangkaan.

Kenneth Broux, pakar strategi mata wang di Societe Generale di London berpendapat walaupun pasaran masih ragu-ragu mengenai kenaikan 50 mata asas pada bulan Julai, mereka tidak meragui bahawa kadar faedah akan terus ditingkatkan sehingga akhir tahun 2022.

Berikutan komen Knot, mata wang euro melonjak dengan lebih pantas iaitu sehingga mencatat kenaikan dua kali ganda dengan peratusan lebih daripada 1%, kepada $1.0542.

Dalam masa yang sama, penggubal dasar ECB Francois Villeroy de Galhau berhujah pada hari Isnin bahawa euro yang lemah boleh mengancam kestabilan harga dalam blok mata wang itu. Bukan itu sahaja, kebimbangan bahawa ketegangan boleh meningkat berikutan konflik Rusia-Ukraine yang boleh membawa kepada embargo gas, kemelesetan dalam zon euro dan menghalang ECB daripada menaikkan kadar faedah.

Mata wang sterling juga turut mengukuh berbanding US dolar yang lebih lemah untuk melonjak 1.4% ke paras tertinggi sejak 5 Mei selepas data pasaran buruh yang kukuh mengukuhkan jangkaan bahawa Bank of England akan terus menaikkan kadar untuk melawan inflasi.

Disisi lain, dolar Australia turut mengukuh dengan pengukuhan 0.85% kepada $0.7031, pulih lebih tinggi daripada paras terendah dua tahun yang disentuh minggu lalu, dan boleh mendapat rangsangan tambahan daripada jangkaan kadar faedah jika data upah mengatasi jangkaan pada hari Rabu. Bank pusat Australia mempertimbangkan kenaikan kadar faedah yang lebih ketara.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam mata wang utama susut 0.63% kepada paras dagangan 103.543.

Jualan runcit A.S dilaporkan melonjak tinggi pada bulan April dengan kenaikan 0.9% berikutan para pengguna membeli kenderaan bermotor.

Penganalisis percaya dalam jangka masa pendek, US dolar dijangka kekal sebagai penggerak pada 2022 apabila Rizab Persekutuan A.S. melaksanakan kitaran baharu pengetatan monetari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat