Apa Intipati Perbualan Pertama Biden-Jinping?

507

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menerusi perbualan telefon pertamanya dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping, menyatakan keprihatinan terhadap dasar China.

Menurut Bernama memetik laporan agensi berita Sputnik sebagai berkata, Biden turut berikrar untuk melindungi keselamatan warga AS daripada ancaman luar.

“Biden hari ini bercakap dengan Jinping. Beliau mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat negara itu. Biden menegaskan keutamaannya untuk melindungi keselamatan, kesejahteraan, kesihatan, dan cara hidup rakyat Amerika serta memelihara Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka,” kata White House dalam satu kenyataan semalam.

Biden dalam perbualan itu berjanji akan meneruskan ‘hubungan praktikal dan berorientasikan hasil’ selaras dengan kepentingan rakyat AS serta sekutu mereka.

“Biden menekankan keprihatinan utamanya mengenai ekonomi paksaan dan tidak adil yang diamalkan Beijing, tindakan keras di Hong Kong, pelanggaran hak asasi manusia di Xinjiang, dan tindakan yang semakin tegas di rantau itu termasuk terhadap Taiwan.

Kedua-dua pemimpin itu juga bertukar-tukar pandangan untuk menangani pandemik COVID-19, dan cabaran bersama mengenai keselamatan kesihatan global, perubahan iklim, dan pencegahan mencegah pembangunan senjata,” tambah kenyataan berkenaan.

Dalam pada itu, menurut laporan media tempatan China, Jinping memberi amaran terhadap Biden bahawa hubungan buruk antara AS-China tidak akan memberikan sebarang kebaikan.

Hubungan antara kedua-dua negara semakin meruncing terutamanya berhubung isu perdagangan, pengintipan dan pandemik.

Beijing berulang kali menggesa pentadbiran Biden agar memulihkan semula hubungan AS-China yang retak di bawah pemerintahan bekas Presiden, Donald Trump.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat