Apa Itu ECB dan Bagaimana Matawang Euro Boleh Wujud?

414

Apa itu ECB? ECB ialah European Central Bank atau dalam Bahasa melayu Bank Pusat Eropah. Bank pusat bertanggungjawab menjaga sistem monetari di Kesatuan Eropah (European Union, EU) dan matawang euro.

Bank pusat ini ditubuhkan di German pada tahun 1998 dan bekerjasama dengan bank-bank pusat setiap negara di Kesatuan Eropah untuk membuat formulasi polisi monetari yang mengekalkan kestabilan harga di kesatuan ini.

Bank Pusat Kesatuan Eropah ini bertanggungjawab menjaga polisi monetari Kesatuan Eropah sejak 1 Januari 1999 dan menggunapakai matawang Euro di negara-negara EU. ECB bertanggungjawab untuk membuat polisi monetari, mengendalikan tukaran matawang, mengekalkan rizab matawang dan menjalankan operasi pasaran terbuka jika perlu.

Sistem Monetari Eropah (European Monetary System, EMS) ditubuhkan pada 1979 di antara beberapa negara Eropah untuk menstabilkan kadar tukaran matawang mereka. Sistem ini telah diambilalih oleh Kesatuan Ekonomi dan Monetari iaitu sebuah institusi di Kesatuan Eropah (EU).

Sistem Monetari Eropah (European Monetary System) sebenarnya bertanggungjawab untuk menstabilkan inflasi dan menghentikan naik-turun (volatility) yang besar dalam tukaran matawang di negara-negara Eropah. Selepas itu, pada Jun 1998, ECB ditubuhkan dan mewujudkan satu bentuk matawang yang digunakan oleh kebanyakan ahli di dalam EU iaitu matawang euro.

Matawang Euro dicetak dan diuruskan oleh European System of Central Banks (ESCB).

Negara-negara yang menggunakan matawang Euro ialah:

  1. Austria
  2. Belgium
  3. Finland
  4. Perancis
  5. German
  6. Ireland
  7. Greece
  8. Ireland
  9. Italy
  10. Luxembourg
  11. Belanda
  12. Portugal
  13. Spanyol

Penggunaan satu matawang yang sama memberikan faedah kepada negara-negara ini seperti mengurangkan risiko kadar tukaran matawang dalam perniagaan dan operasi institusi kewangan. Selain itu, ada yang mengkritik sistem yang digunakan oleh Kesatuan Eropah ini memberikan kesan negatif dari segi fokus kepada permasalahan setiap negara yang berbeza.

Hal ini sudah tentu menyukarkan bagi implementasi polisi yang spesifik kepada negara-negara ahli yang menyebabkan mereka tersekat dalam keadaan monetari yang berbeza berbanding keseluruhan Kesatuan Eropah itu sendiri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat