Apa Jadi Pada Pasaran Menjelang Penghujung Minggu?

498

Dolar greenback terus memperpanjangkan pengukuhannya di paras tertinggi sejak Julai 2020 selepas disokong oleh data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang sangat memberangsangkan pada suku keempat 2021.

Menurut data terbaharu yang diterbitkan oleh Jabatan Perdagangan, anggaran awal untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS meningkat sebanyak 6.9%, jauh lebih baik dari jangkaan pertumbuhan 5.3% dan berkembang daripada 2.3% pada suku sebelumnya.

Peningkatan ini merupakan pertumbuhan paling kukuh dalam tempoh lima suku sebelumnya, sekali gus membuktikan ekonomi AS lebih berdaya tahan daripada dijangkakan.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan meningkat pada 97.23.

Terdahulu, mata wang gergasi itu telah melonjak tinggi susulan kenyataan hawkish Federal Reserve (Fed) yang memberi indikasi mengenai kenaikan kadar faedah tidak lama lagi bagi mengekang inflasi.

Sejak itu juga, kebanyakan mata wang utama mencatat kejatuhan disebabkan pengukuhan dolar Amerika.

Mata wang euro didagangkan paling rendah sejak Jun 2020, manakala dagangan pound pula suram di tahap terendah empat minggu berbanding US dolar.

Sementara dolar Aussie terus melemah di paras terendah satu bulan dan kiwi susut ke paras terendah terbaharu sejak Oktober 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat