Apa Jangkaan Untuk Pergerakan USD/CAD Seterusnya?

455

Dolar Kanada menjadi antara mata wang yang didagangkan berisiko dalam pasaran pada minggu ini dengan faktor utama dipengaruhi oleh mesyuarat bank pusat Kanada serta pasaran minyak mentah.

Bank of Canada (BOC) semalam telah mengekalkan kadar faedah di paras 0.25% pada mesyuarat terbaru seperti yang dijangkakan dengan pelonggaran kuantitatif dikekalkan dengan nilai C$4 bilion per minggu.

Menurut bank pusat, momentum ekonomi menuju ke suku keempat dilihat lebih baik berbanding jangkaan pada Oktober.

Sementara pasaran minyak mentah telah menjadi tumpuan pasaran pada Rabu selepas dua telaga minyak di wilayah Kirkuk di utara Iraq telah dibom dan menyebabkan kebakaran besar.

Harga minyak yang meningkat disebabkan risiko pada bekalan sebaliknya kembali turun semula susulan kejutan pada laporan inventori minyak mentah Amerika Syarikat yang diterbitkan mencatatkan lonjakan terbesar sejak April.

Situasi ini telah memberi kesan terhadap pergerakan dolar Kanada seperti yang diteliti pada carta harga pasangan mata wang USD/CAD.

Sepanjang minggu ini, harga masih didagangkan mendatar di atas paras sokongan 1.27800.

Pada dagangan Rabu semalam, harga dilihat menguji sekali lagi paras support tersebut sebelum harga kembali membuat kenaikan semula ke paras rintangan minggu ini pada 1.28300.

Namun, harga dilihat bergerak turun semula pada sesi Asia hari ini berlegar di sekitar paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Jika harga berjaya meneruskan penurunan lebih rendah melepasi support 1.27800, destinasi penurunan seterusnya dilihat menuju ke paras sekitar 1.26700.

Sebaliknya jika harga kembali melonjak, paras 1.29000 menjadi tumpuan untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat