Pasaran Minyak Mentah Menggila!

319

Minyak mentah kembali didagangkan stabil selepas melalui sesi dagangan yang huru hara pada hari Rabu.

Harga minyak yang pada mula melonjak susulan laporan mengenai dua telaga minyak telah dibom di wilayah Kirkuk di utara Iraq, kembali menjunam berikutan kejutan dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat.

Data rasmi oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan inventori minyak mentah AS meningkat ketara sebanyak 15.189 juta tong pada minggu lalu, jauh tersasar daripada jangkaan pasaran untuk pengurangan sebanyak 1.4 juta tong.

Peningkatan ini adalah yang paling besar pernah direkodkan sejak bulan April iaitu ketika hampir keseluruhan aktiviti ekonomi di seluruh dunia dihentikan susulan penutupan coronavirus.

Kenaikan inventori yang mendadak telah mendorong penyusutan harga minyak mentah AS lebih rendah sehingga mencecah harga $44.95 setong.

Bagaimanapun, harga kembali memaparkan kenaikan selepas kejatuhan drastik itu dengan WTI Amerika Syarikat diperdagangkan di sekitar paras harga $45.80 setong dan minyak mentah Brent pula stabil pada $49.11 setong pada sesi Asia hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat