Apa Lagi, Coinbase Pun Nak Senaraikan Semula XRP Hari Ini!

914

“Adakah harga XRP akan tembus $1 lepas Coinbase senaraikannya semula?’

Bursa gergasi mata wang kripto Coinbase berhasrat menyenaraikan semula Ripple (XRP) dalam platformnya setelah kemenangan untuk kes antara XRP serta Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dilaporkan berpihak kepada aset digital tersebut.

Coinbase yang akan membenarkan perdagangan XRP pada lewat hari ini beri amaran kepada para pelanggannya supaya tidak menghantar aset digital itu ke rangkaian lain susulan dana mereka boleh hilang secara kekal.

Setelah bekalan aset digital tersebut mencukupi, dagangan pada pasangan XRP/USD, XRP/USDT dan XRP/EUR akan dilancarkan secara berperingkat tetapi sokongan untuk XRP mungkin dihadkan dalam beberapa bidang kuasa.

Hal ini kerana Coinbase sendiri mempunyai tuntutan mahkamah belum selesai bersama SEC, bagaimanapun pelabur sungguh optimis kemenangan XRP akan bantu bursa kripto itu untuk lawan dakwaan pengawal selia.

Selain melonjakkan harga XRP melepasi $0.94, sentimen positif yang mengelilingi aset digital tersebut turut mendorong kebangkitan kripto lain termasuk Bitcoin (BTC)  yang dapat menguji semula paras penting pada $31,500.

Pada sisi berbeza, Summary Judgement yang berpihak kepada XRP telah mendapat pujian daripada beberapa personaliti terkemuka di dunia Web3, antaranya adalah pengasas Cardano (ADA) Charles Hoskinson.

Menurut Hoskinson, keputusan daripada Hakim Analis Torres adalah kemenangan besar untuk seluruh pasaran kripto susulan beliau telah mengetengahkan setiap aspek urus niaga yang membentuk operasi XRP dan ia turut menegaskan XRP bukanlah token sekuriti.

Walaupun tuntutan undang-undang antara XRP dan SEC pada masa ini masih belum selesai sepenuhnya, perkembangan baharu aset digital tersebut dapat menolong ADA daripada dikenakan tindakan agresif oleh SEC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat