Apa Reaksi LUNC Lepas Binance Bakar 1.34 Bilion Token Terra Classic?

440

Binance, platform exchanger kripto terbesar di dunia telah membakar lebih 1.34 bilion token Terra Classic (LUNC) yang kini secara keseluruhannya mempunyai 12.5 bilion token LUNC dipindahkan ke address burn melalui penggunaan yuran dagangan pada pasangan dagangan spot serta margin.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Binance Changpeng Zhao (CZ), beliau mengurangkan kenaikan cukai burn off-chain* dan on-chain** agar pembakaran Binance LUNC sentiasa meningkat secara berterusan setiap minggu.

*Pindahkan beberapa kerja daripada ekosistem blockchain, yang kemudiannya boleh disepadukan kembali ke dalam blockchain

**Transaksi yang dijalankan pada rangkaian blockchain dari awal hingga akhir

Rentetan itu, komuniti Terra Classic menyetujui Cadangan 5234 yang dikemukakan oleh CZ bagi mengurangkan cukai tersebut kepada 0.2% dan memutuskan 10% dana untuk komuniti pool.

Difahamkan juga bahawa pembakaran Binance LUNC ini bakal menentukan sama ada cukai yang dikurangkan meningkatkan jumlah dagangan setelah beliau menyemak semula perubahan pada pembakaran cukai minggu lepas.

Sementara itu, LUNC Burn menagih sokongan komuniti untuk membuat perdagangan di Binance sahaja agar mampu meningkatkan kadar pembakaran exchanger kripto tersebut dengan Allnodes membakar 30.48 juta LUNC manakala validator LUNC DAO 22.2 juta token.

Kini, harga LUNC berlegar-legar pada zon 0.00023200 selepas pembakaran Binance berlaku pada tempoh 24 jam lalu dengan volum dagangan merosot sebanyak 20%.

Walaupun kadar pembakaran menurun pada 700 juta token setiap hari, komuniti Terra tetap membakar lebih 24 bilion token LUNC.

Pada sumber berbeza, Terra Rebels, kumpulan di sebalik Terra Classic Revival Roadmap baru-baru ini melancarkan saluran YouTube rasmi bagi mendidik komuniti berkaitan aspek blockchain Terra Classic serta mencadangkan Terra Classic Grants Program mengurus dana dalam pool komuniti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat