Apa Tindakan Pemulihan Solana Selepas Insiden Penggodam Terbesar?

157

Industri aset digital global sekali lagi dikejutkan dengan insiden penggodaman, kali ini rangkaian Solana (SOL) telah menjadi sasaran. Harga SOL telah jatuh sebanyak 5% sejak berita itu tercetus.

Telah dilaporkan lebih 7,500 wallet berasaskan Solana terkesan dengan sejumlah $8 juta telah dikeluarkan oleh penggodam (hacker). Antara wallet yang digodam termasuklah Phantom, Slope, dan TrustWallet.

Insiden ini juga telah menjadikan Solana sebagai sasaran terbaru bagi penggodaman mata wang kripto. Susulan itu, Solana telah melancarkan satu tinjauan terhadap 7,767 wallet yang terkesan tersebut dan para jurutera mereka sedang menjalangkan siasatan untuk mengenalpasti punca insiden.

Tambahnya, jurutera mereka daripada seluruh ekosistem telah menyiasat dengan lebih mendalam tentang wallet yang telah digodam dan mendapat mendapat pertolongan daripada beberapa firma keselamatan.

Dijelaskannya juga tiada bukti yang menunjukkan bahawa hardware wallets iaitu tempat menyimpan kunci peribadi pengguna terkesan daripada insiden tersebut.

Menurut Solana, pengekploitasian tersebut telah memberi impak kepada wallets Slope dan Phantom.

Selain itu, pakar Defi memaklumkan bahawa private key Solana telah diceroboh dan hacker telah mencuri Solana (SOL) dan token SPL (USDC). Ia telah memberi kesan terhadap wallet yang sudah tidak aktif sepanjang 6 bulan.

Insiden serangan ini telah mencetuskan perbincangan panjang lebar tentang keselamatan serta kebolehgunaan hot wallets untuk pelabur kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat