Apa Tumpuan Di Sesi New York? Ini Trader Perlu Tahu

466

US dolar terus bergelut pada sesi Eropah setelah susut rendah ketika sesi terdahulu berikutan campur tangan People’s Bank of China (PBOC).

PBOC telah meningkatkan sokongan untuk mata wang yuan yang merosot pada hari Selasa dengan menetapkan kadar rujukan harian yang lebih kuat daripada jangkaan.

Tindakan itu berjaya mendorong lonjakan yuan lebih tinggi pada sesi Asia, dengan turut merangsang kenaikan dalam dagangan dolar Aussie dan New Zealand.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mata wang itu kembali mengurangkan keuntungan tersebut untuk didagangkan lebih rendah pada awal sesi Eropah.

Pelabur kini memberi tumpuan kepada data inflasi Kanada, pesanan barangan tahan lama dan keyakinan pengguna Amerika Syarikat pada sesi New York.

Pada hari esok (Rabu) pula, pelabur akan menumpukan kepada ucapan Presiden Christine Lagarde, Pengerusi Federal Reserve Jerome Powell, gabenor Bank of England Andrew Bailey dan Bank of Japan Kazuo Ueda di forum ECB.

Sebarang kenyataan mengenai pendekatan dasar monetari masing-masing boleh memberi impak kepada pergerakan mata wang.

Meneliti pergerakan pasaran lebih luas, mata wang euro dan pound didagangkan lebih tinggi disokong oleh US dolar yang melemah.

Di sisi lain, dagangan yen terus merosot lebih jauh ke paras terendah terbaru tujuh bulan berbanding greenback selepas Menteri Kewangan Jepun Shunichi Suzuki bahawa mereka akan bertindak balas dengan sewajarnya jika pergerakan mata wang dilihat berlebihan.

Sementara itu, dolar Kanada pula sedikit berundur setelah mencatat paras ketinggian baharu 9 bulan berbanding US dolar menjelang penerbitan data inflasi Kanada.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat