Apakah Akan Wujud ‘Italy-Exit’ Selepas Peristiwa ‘Britain-Exit’?

68

Satu tinjauan pelabur menunjukkan bahawa kebarangkalian untuk Itali meninggalkan Zon Euro bagi tempoh 12 bulan akan datang meningkat kepada 19.3 peratus pada Selasa. Angka itu merupakan bacaan tertinggi sejak kajian itu mula dijalankan pada Jun 2012.

Kaji selidik oleh Sentix yang berpangkalan di Frankfurt ini meningkat dikatakan berpunca daripada perubahan perlembagaan yang bakal dijalankan pada Ahad. Referendum Itali itu dikatakan boleh menggulingkan kerajaan sedia ada dan menyemarakkan krisis perbankan.

Kajian ini melibatkan hampir 1,000 pelabur persendirian dan institusi di antara 24 hingga 26 November. Pada bulan lepas, buat kali pertamanya angka kajian ini menyaksikan Itali mengatasi Greece sebagai negara yang berkemungkinan bakal meninggalkan Zon Euro dengan 9.9 peratus. Peningkatan ini mula dicatat sejak bulan lepas sebelum berlarutan hingga semalam.

Buat masa sekarang, potensi bagi mana-mana negara meninggalkan Zon tersebut berada pada tahap 24.1 peratus, jauh dari angka kemuncak sebanyak 70 peratus yang dapat dilihat ketika zon Euro dilanda krisis pada tahun 2012.

 

Dua Nasib Berbeza dicatat Oleh Aussie dan Kiwi dalam Sesi Eropah!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat