Apakah Sebab Di Sebalik Kejatuhan Matawang Euro? EUR/USD Kini Jatuh 100 Pip

1,375

Pasti ramai yang tertanya-tanya dengan kejatuhan matawang Euro pada Selasa. Apakah penyebab kejatuhan Euro ketika ini? Kita akan cuba bincangkan perkara ini secara lebih mendalam dengan mengambil kira semua faktor.

Matawang Euro jatuh dari paras tertinggi lima minggu lalu pada Selasa dengan EUR/USD setakat ini telah mencatat kejatuhan sehingga 100 pip. Bukan hanya berbanding USD, Euro juga melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain termasuk Yen, AUD, NZD dan CAD.

Euro telah membuat kenaikan yang memberangsangkan sepanjang minggu lalu sehinggalah sesi dagangan Isnin. Pada sesi Isnin kebimbangan terhadap perang perdagangan semakin pulih dan menolak Euro lebih tinggi sehingga ke paras tertinggi lima minggu lalu.

Kenapa Euro jatuh?

Euro memulakan penurunan sejak awal sesi Eropah apabila pasaran mula bimbang dengan data-data ekonomi yang merosot sejak akhir-akhir ini. Hal ini sekaligus mencetuskan pendekatan yang lebih berhati-hati dari kalangan pelabur terhadap matawang Euro.

Ada juga penganalisis terutamanya dari JP Morgan yang menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi suku kedua Zon-Eropah dari 3% kepada 2.5% disebabkan data ekonomi negatif yang mengejutkan.

Minggu lalu, beberapa data ekonomi menunjukkan jangkaan ekonomi yang meleset di masa hadapan. Data PMI yang dikeluarkan minggu lalu meleset daripada jangkaan dalam kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan Zon-Eropah.

Dengan data-data ekonomi yang kurang memberangsangkan termasuk data inflasi yang merosot – menunjukkan ECB mungkin sedikit PERLAHAN DALAM MENAMATKAN PROGRAM PEMBELIAN BON. Dengan jangkaan ini, Euro dijual oleh pedagang yang sebelum ini menjangka aktiviti ekonomi Eropah semakin baik pada 2018.

Antara penyebab utama kenaikan Euro sejak tahun lepas adalah atas jangkaan bahawa ECB akan mengurangkan pembelian bonnya lebih pantas berikutan data ekonomi yang positif.

Oleh itu, dengan data-data ekonomi Zon Eropah yang semakin merosot menyebabkan pasaran perlu memikirkan dan berhati-hati dengan nilai Euro yang kini berada pada paras tinggi. Oleh sebab itu, Euro dijual ketika ini.

Sampai mana Euro akan dijual? Ia masih lagi menjadi tanda tanya. Bagi trader, kita perlu juga menggabungkan fundamental/sentimen dengan analisis teknikal untuk kita mendapatkan paras harga yang terbaik sama ada untuk memasuki position atau keluar dari position.

>>>NAK BELAJAR ANALISIS FUNDAMENTAL? KLIK SINI<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat