Apakah Yang Sedang Terjadi Pada BTC? Komuniti Kripto Semakin Risau!

2,115

Sebelum hari terakhir dalam minggu ini, Bitcoin masih lagi berhadapan dengan cabaran apabila harga aset kripto tersebut kembali jatuh ke paras terendah 19 hari iaitu pada paras $31,000. Bukan itu sahaja, aset kripto lain turut berhadapan nasib yang sama dengan Ethereum (ETH) jauh di bawah $ 2,000, DOGE di bawah $ 0,20, dan Solana kehilangan 8% harga dalam sehari.

Sejak hari Isnin, BTC gagal untuk melepasi ‘minor resistance’ $35,000. Saban hari, harga BTC terus merosot dan kini telah jatuh lebih daripada $ 2,000.

Keadaan bertambah buruk apabila usaha terakhir untuk melepasi paras harga $34,000 menemui kegagalan. Pada kali ini harga BTC jatuh di bawah paras $ 32,000.

Ketika penulisan harga Bitcoin (BTC) telah jatuh 4.62% dalam tempoh 7 hari kepada paras harga $31,920.16 per Bitcoin dengan modal pasaran $597 bilion.

Baru-baru ini Rich Ross, pakar strategi teknikal di Evercore ISI mengatakan bahawa carta menujukkan bahawa BTC semakin lemah dan tidak ada sokongan yang kuat baik dari ‘volume’ atau sentimen. Harus dimaklumi bahawa rintangan pertama adalah pada $36,000 dan sokongan pertama adalah $ 33,000 diikuti $ 30,000 sebagai yang berikutnya. Sekiranya Bitcoin menembusi sokongan $ 30,000, kita dapat melihatnya menuju ke paras harga $22,000 atau bahkan lebih bawah.

Para trader segelintirnya telah mula kehilangan keyakinan dengan sentimen negatif yang datang bertalu-talu. Justeru, dinasihatkan agar terus berhati-hati dalam melakukan dagangan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat