Apple Diserang 2 Firma Israel, Fungsi Baru Pada iPhone Akan Diperkenalkan

314

‘Punya komited Apple sampai sanggup melabur $2 juta untuk pastikan ciri baru mereka berfungsi dengan baik.’

Menjelang September tahun ini, Apple Inc akan melancarkan fungsi ‘Lockdown Mode’ yang akan memberi lapisan perlindungan tambahan pada produknya bagi menyokong usaha hak asasi manusia dan mengelak serangan penggodaman.

Fungsi tersebut telah dibina selepas kejadian penggodaman 2 firma Israel yang menceroboh perisian pada produk iPhone tanpa memerlukan sasaran mengklik atau menekan apa-apa.

Memetik sumber Apple, fungsi ‘Lockdown Mode’ tersebut akan hadir dalam peranti iPhone, iPad dan Mac pada musim luruh dan pengaktifannya akan menyekat kebanyakan lampiran yang dihantar ke aplikasi Messages.

Selain itu, Apple dikatakan akan membayar hampir $2 juta untuk setiap kecacatan yang penyelidik keselamatan boleh temui dalam fungsi baharu tersebut sebagai sebahagian usaha mengukuhkan polisi perlindungan produknya.

Mengimbas Insiden Penggodaman 2 Firma Israel

Dahulu, Apple telah menyaman dan pegawai Amerika Syarikat (AS) menyenarai hitam NSO Group yang bertanggungjawab membuat perisian ‘Pegasus’.

Perisian tersebut dipercayai mengeksploitasi kelemahan dalam cara Apple mengendalikan lampiran mesej untuk menggodam produk keluarannya.

Manakala, firma Cellebrite dari Israel pula dikatakan menggunakan sambungan manual untuk mengakses produk iPhone.

Menurut wakil Apple, serangan canggih ciri baharu tersebut telah direka ‘sifar klik’ dan agak jarang berlaku.

Dalam pada itu, syarikat perisian pengintip telah membawa hujah bahawa mereka menjual teknologi canggih tersebut untuk membantu kerajaan menggagalkan ancaman keselamatan negara.

Namun ia telah mendapat tentangan hebat oleh kumpulan hak asasi manusia dan wartawan dengan berulang kali mendokumentasikan penggunaan perisian intip untuk menyerang masyarakat sivil atau melemahkan pembangkang politik dan mengganggu pilihan raya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat