Apple, Google ‘Tindas’ Syarikat Media?

110

Syarikat media utama di Amerika Syarikat (AS) mendesak firma-firma teknologi untuk mengurangkan potongan komisen langganan berita menerusi gedung aplikasi mereka.

Lapor BBC, syarikat media seperti New York Times, telah mendesak Apple agar mengurangkan potongan komisennya sekiranya para pembaca melanggan menerusi App Store.

Media-media tempatan utama turut meminta agar terma baharu yang lebih baik dilaksanakan oleh Apple.

Apple ketika ini mengambil komisen antara 15% daripada syarikat media dan 30% daripada pelanggan yang kali pertama melakukan langganan.

Dalam pada itu, organisasi perdagangan yang mewakili New York Times, Washington Post dan Wall Street Journal iaitu Digital Content Next (DCN) menyatakan Amazon menikmati kadar komisen yang rendah daripada Apple selepas syarikat itu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Apple.

Menurut DCN, syarikat-syarikat media mahu mengetahui apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi supaya mereka ditawarkan terma yang sama seperti Amazon.

Dalam perkembangan berlainan, Google berdepan tekanan daripada badan pemantau Australia yang meminta firma itu membayar segala kandungan berita yang dimuat naik semula di laman Google.

Meskipun beberapa firma dalam talian seperti Apple dan Google kian berkembang, banyak syarikat media di dunia bergelut untuk kekal dalam industri.

Ujar Profesor Michael Wade dari IMD Business School di Switzerland dan Singapura, Google, Facebook dan lain-lain media sosial sudah terlalu lama ‘terlepas’ daripada memberikan kandungan berita secara percuma kepada orang ramai sekali gus menjejaskan industri media.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat