Apple Hulurkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Malaysia!

5,441

Pergh, Apple nak bagi iPhone kepada semua yang terkesan akibat banjir ke?

Pegawai eksekutif Apple Inc, Tim Cook, menerusi Twitter peribadinya menyatakan Apple Inc akan menyumbangkan bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia dan Filipina.

Tim Cook menyatakan rasa simpatinya terhadap mangsa-mangsa yang terkesan oleh Taufan Rai yang telah menyebabkan kemusnahan yang teruk di Filipina dan mengakibatkan banjir yang besar di Malaysia.

Dalam Twitter tersebut Cook turut menyatakan komitmen Apple dalam menyumbang kepada bantuan, pemulihan dan usaha pembinaan semula jangka panjang di kedua-dua buah negara itu.

Dalam pada itu, ramai pengguna Twitter memberi reaksi positif terhadap Tweet Cook itu.

Terdapat juga beberapa pengguna Twitter di Malaysia dan Filipina yang meminta Cook untuk menyumbangkan bantuan secara terus ke badan bukan kerjaan (NGO) tempatan dan bukannya melalui pihak kerajaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat