Apple & Korea Selatan Capai Persetujuan Sistem Pembayaran?

260

Kes melibatkan App Store Apple ni bukan kali pertama rasanya.

Apple Inc telah mengemukakan rancangan bagi membenarkan sistem pembayaran pihak ketiga di App Store miliknya bagi mematuhi undang-undang melarang pengendali gedung aplikasi utama daripada memaksa pemaju perisian menggunakan sistem pembayaran.

Suruhanjaya Komunikasi Korea (KCC) sebelum ini telah meminta Apple dan Alphabet milik Google menyerahkan pelan pematuhan selepas rang undang-undang tersebut diluluskan pada Ogos dan berkuatkuasa pada September.

Pihak Google turut mengumumkan rancangannya untuk membenarkan sistem pembayaran alternatif di Korea Selatan pada November dalam mematuhi Akta Perniagaan Telekomunikasi yang dipinda.

Dalam pada itu, pihak Apple merancang untuk membincangkan butiran dengan KCC yang akan membenarkan sistem pembayaran alternatif untuk yuran perkhidmatan yang lebih rendah berbanding komisen semasa 30%.

Terdahulu Apple pernah menghadapi tuntutan mahkamah oleh pencipta ‘Fortnite’, Epic Game pada 2020 apabila pembuat permainan tersebut cuba mengatasi bayaran 30% Apple untuk pembelian dalam aplikasi dengan melancarkan sistem pembayaran dalam aplikasinya sendiri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat