Apple Pertimbangkan Malaysia Sebagai Lokasi Pemindahan Teknologi!

761

Pada bulan lepas, Syarikat Apple dihimpit dengan sentimen perang dagang antara Negara Amerika Syarikat dan China. Perang perdagangan menjadi tegang pada ketika itu apabila China mengambil keputusan untuk menerapkan tarif baru ke atas produk import barangan Amerika Syarikat. Dimana China merancang untuk mengenakan tarif yang lebih tinggi terhadap barangan Amerika Syarikat yang bernilai $60 bilion dolar sebagai tindakan balas terhadap Amerika Syarikat yang telah menaikkan kadar tarif.

Hal ini telah menimbulkan kegusaran kepada syarikat Apple kerana sebahagian komponen iPhone dihasilkan di China. Justeru, Apple telah mengambil langkah proaktif dengan bercadang untuk memidahkan sebahagian pengeluaran mereka ke negara lain kerana terlalu berisiko jika bergantung kepada pembuatan di China sahaja.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Nikkei, pemasang utama iPhone, seperti Foxconn; Pegatron Corp; Wistron Corp; pengeluar utama MacBook, Quanta Computer Inc; pengeluar iPad, Compal Electronics Inc; dan pengeluar AirPods, Inventec Corp, Luxshare-ICT dan Goertek diminta untuk menilai opsyen di luar China.

Selain Mexico, India, Vietnam, dan Indonesia, Malaysia merupakan salah satu negara yang dipertimbangkan untuk pemindahan 15-30 peratus keupayaan pengeluaran mereka.

Setakat ini belum ada tarikh akhir yang ditetapkan untuk pengeluar untuk memuktamadkan cadangan perniagaan mereka. Sekurang-kurangnya 18 bulan diperlukan untuk pengeluaran disambung semula selepas perpindahan akibat kerumitan dan logistik yang terlibat.

Berdasarkan laporan suku tahun ini, sebanyak 18% keuntungan keseluruhan syarikat Apple datang dari China. Jika Malaysia menjadi lokasi pilihan, ia akan memberi manfaat kepada pelaburan negara kita.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat