Apple ‘Terciduk’, Kena Denda € 10 Juta Oleh Itali!

735

Pihak berkuasa persaingan Itali hari ini telah mendedahkan bahawa mereka mengenakan denda terhadap Apple sebanyak € 10 juta kerana tuntutan mengelirukan mengenai sifat kalis air dari pelbagai model iPhone.

Hal ini demikian kerana syarikat gergasi teknologi AS tersebut didakwa tidak menjelaskan bahawa ciri berkenaan hanya terpakai dalam keadaan tertentu, terutama dalam ujian makmal dengan air statik dan bersih dan bukannya dalam keadaan penggunaan biasa.

Selain itu, isu tersebut melibatkan tuntutan promosi yang berkaitan dengan model iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone XR, iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone 11, iPhone 11pro dan iPhone 11 pro Max.

Tambahan daripada itu, pihak berkuasa juga mendakwa bahawa Apple memberi jaminan untuk telefon pintar tersebut tidak meliputi kerosakan yang disebabkan oleh cecair. Oleh itu, ianya dianggap sebagai mengelirukan pengguna.

Bukan itu sahaja! Penolakan Apple untuk memberikan perkhidmatan jaminan apabila model iPhone yang berkenaan dirosakkan oleh cecair adalah amalan komersial yang agresif.

Berikutan dengan itu, pihak berkuasa telah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman berjumlah € 10 juta terhadap Apple Distribution International dan Apple Italia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat