Arab Saudi Berkata Lanjutan Hingga Sembilan Bulan Adalah Lebih Selamat

53

Harga minyak mentah global jatuh pada sesi awal dagangan Eropah pada Khamis, hasil daripada reaksi pasaran terhadap komen oleh delegasi OPEC.

“Sembilan bulan dengan paras pengeluaran yang sama oleh ahli-ahli kami adalah sangat selamat dan pilihan yang hampir pasti dalam menstabilkan pasaran ini,” Khalid Al-Falih, Menteri minyak Arab Saudi.

Delegasi Arab Saudi menjelaskan semua pilihan yang ada telah diambil kira sebelum pengumuman ini termasuk jumlah pemotongan yang lebih banyak dengan lanjutan hanya enam bulan di mana perjanjian pemotongan sehingga sembilan bulan adalah lebih selamat.

Pelanjutan pemotongan bekalan sehingga sembilan bulan adalah keputusan yang dijangka dipersetujui dalam mesyuarat OPEC hari ini. OPEC dijangka akan mengumumkan hasil mesyuarat mereka pada pukul 11 malam ini waktu Malaysia.

Risiko utama jika OPEC hanya bersetuju dengan lanjutan enam bulan adalah tempohnya akan berakhir dengan cepat menjelang musim permintaan yang lemah pada minggu pertama 2018.

Minyak Brent dan WTI masing-masing telah naik 13% dan 14% sejak kejatuhan ke paras terendah bulan ini pada 4 Mei berikutan harapan kepada lanjutan pemotongan bekalan sehingga sembilan bulan yang disokong oleh Arab Saudi, Iran dan Iraq.

Walaubagaimanapun, lanjutan pemotongan sehingga sembilan bulan juga tidak akan memberi kesan yang signifikan kepada pasaran kata Johannes Benigni Pengerusi JBC Energy Group. Beliau menegaskan pemain pasaran selalu sahaja terlalu yakin, dan permintaan dan penawaran minyak ini tidak akan stabil sebelum penghujung 2019.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat