Argentina Pilih Bitcoin (BTC) Sebagai Jalan Keluar Dari Inflasi

1,863

‘Selain Afghanistan, nampaknya Argentina pun jumpa manfaat kripto kepada ekonominya.’

Sedang pasaran mata wang kripto mengalami fasa bearish, Argentina muncul untuk menjadi negara yang mesra kripto dari segi penerimaannya.

Segala-galanya bermula dari masalah keraguan terhadap bank pusat serta isu perbelanjaan berlebihan oleh kerajaan yang menyebabkan Argentina bergelut dengan inflasi sejak 2016 lagi.

Akibatnya, penyusutan nilai Peso Argentina telah menyebabkan kuasa membeli rakyat hilang dan sejumlah 37.3% warganya hidup di bawah garis kemiskinan.

Namun di masa segala harapan seolah-olah hilang, mata wang kripto dilihat menjadi pilihan utama rakyat Argentina untuk melindungi diri dari kadar inflasi setinggi 60%.

Menurut laporan Americas Market Intelligence, walaupun bank pusat Argentina mengharamkan operasi aset digital di institusi-institusi kewangannya, penerimaan kripto dalam negara tersebut telah berganda sebanyak 12%.

Argentina juga dilihat mendahului senarai kadar penggunaan kripto di rantau Amerika Latin yang diikuti oleh Peru dan Mexico.

Antara mata wang kripto yang menjadi pilihan warga Argentina tentunya, ibu kepada segala kripto iaitu Bitcoin (BTC) dan stablecoin lain.

Difahamkan bahawa aset kripto digunakan untuk menyimpan nilai dalam dolar Amerika Syarikat (AS), terutama semasa kerajaan Argentina mengenakan kawalan modal yang ketat terhadap perkhidmatan pertukaran asing.

Malah, semasa lawatan pencipta Ethereum iaitu Vitalik Buterin pada Disember lalu, beliau menyatakan bahawa penggunaan dan penerimaan kripto semakin berkembang dengan ketara di Agentina.

Pada sisi berbeza pula, Presiden Argentina Alberto Fernandez dilihat mengambil pendekatan berhati-hati terhadap peraturan aset digital.

Dalam satu temu bual, Fernandez menyatakan bahawa masih terdapat debat yang kuat diseluruh dunia mengenai kripto dan ia memaksanya untuk mengambil sikap lebih berhati-hati.

Sungguh pun begitu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa kripto juga ‘mempunyai kelebihannya‘ kerana ‘ia dapat membantu bendung inflasi‘ dan mata wang tersebut ‘lebih stabil‘.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat