Artikel Ini Bakal Menambah Kerisauan Semua Penganggur di Malaysia!

95

Tinjauan Jobstreet.com mendedahkan bahawa 36% majikan tempatan merancang untuk mengurangkan kakitangan mereka pada suku ketiga tahun ini.

Laporan oleh Malay Mail Online ini menyatakan bahawa ekonomi yang tidak menentu, matawang ringgit yang lemah sedikit sebanyak memberi kesan kepada trend pengambilan pekerja di Malaysia pada penghujung tahun 2016.

Bagaimana pun, keadaan ekonomi yang tidak stabil ini tidak mengganggu sepenuhnya peluang pekerjaan berikutan terdapat 50% majikan masih membuka peluang pekerjaan baru untuk tahun ini.

Menurut pengurus jenama Jobstreet.com, Chook Yuh Yng, momentum tawaran pekerjaan ini masih dilihat stabil dalam ketidaktentuan ekonomi global.

Pun begitu, Chook menjelaskan bahawa pasaran pekerjaan di Malaysia menurun pada tahun ini berbanding tahun 2015. Beliau juga bependapat, faktor yang menyumbang kepada masalah ini ialah harga minyak global yang meningkat serta angka inflasi yang semakin melonjak di negara kita.

Sementara itu, dari segi gaji, Chook berkata graduan baru boleh mendapat purata sekitar RM2,100 hingga RM2,500, manakala gaji pekerja sedia ada mencecah hampir RM3,000.

 

Petronas mengubah struktur syarikat dengan membuang sebahagian dari pekerjanya. 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat