Artikel Ini Buat Pelabur Yang Nantikan Berita Tentang Emas!

460

Dagangan emas bermula lebih baik ketika pembukaan sesi Asia, menyaksikan logam kuning itu diniagakan positif setelah mendapat manfaat daripada penyusutan US dolar.

Ketika penulisan, spot emas didagangkan sedikit meningkat pada $1,717 per auns, sementara niaga hadapan emas pula lebih tinggi pada $1,728 per auns.

Penyusutan US dolar yang dicatatkan pada awal dagangan telah memberi peluang buat harga emas untuk mencatat keuntungan, ditambah dengan sokongan daripada bacaan kurang memberangsangkan dalam data pekerjaan NFP Amerika Syarikat.

Walaupun pertambahan pekerjaan yang dicatatkan lebih baik daripada jangkaan, namun kadar pengangguran AS tanpa dijangka telah meningkat manakala pertumbuhan upah pula rendah.

Ini menyebabkan pasaran mula khuatir dengan pertumbuhan perlahan yang mula ditunjukkan dalam pasaran buruh AS.

Meskipun begitu, keyakinan pelabur untuk pengetatan yang berterusan daripada Federal Reserve (Fed) kekal membataskan dagangan emas, menyebabkannya terus berlegar di sekitar paras terendah.

Menyingkap peristiwa minggu lalu, logam kuning itu susut ketara ke paras terlemah enam minggu yang membawanya didagangkan rendah pada $1,689 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat