AS Bakal Muncul Untuk Memberi Saingan Hebat Buat Pasaran Minyak Mentah Dunia!

43

Harga minyak mentah melonjak di Asia pada hari Selasa menjelang pengumuman data inventori dari AS.

Untuk minggu ini, Institut Petroleum Amerika akan melaporkan angka stok simpanan minyak mentah dan produk tapisan pada Selasa, diikuti data rasmi daripada Jabatan Tenaga AS keesokannya.

Dalam sesi Asia, minyak mentah AS di New York Merchantile Exchange meningkat sebanyak 0.02% kepada $52.48 setong. Di Intercontinental Exchange London, penanda aras minyak Brent kali terakhir dinilai pada $55.80 setong, meningkat sehingga 0.65 peratus.

Semalaman, harga minyak meningkat sehingga paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan selepas OPEC dan beberapa pengeluar utama bersepakat dalam menjalankan pembekuan bekalan di seluruh dunia.

Harga minyak diramal akan mencapai sehingga $60 setong, dan dijangka akan menambah risiko persiangan terhadap industry minyak mentah di AS.

Pengeluar minyak global hujung minggu lalu bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak dunia kepada 558,000 tong sehari. Pemotongan ini merupakan jumlah terbesar yang pernah dicatat dalam sejarah oleh anggota non-OPEC.

Perjanjian ini dilakukan selepas OPEc berjanji untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah sebanyak 1.2 juta tong sehari selama 6 bulan bermula 1 Januari nanti. Arab Saudi iaitu pengeluar utama minyak juga telah bersetuju untuk mengurangkan lebihan pasaran yang telah membelenggu pasaran selama hampir bertahun-tahun.

Crude futures juga telah mula melonjak dengan mendadak sebanyak 23% semenjak pertengahan bulan lalu berikutan prospek pembekuan yang semakin menambah keyakinan kepada pasaran minyak mentah.

Walaupun begitu, menurut Menteri Minyak Nigeria, Emmanuel Kachikwu, jika harga minyak mentah meningkat sehingga $60 setong, AS akan muncul memberikan saingan kuat buat pasaran berikutan penerokaan kawasan-kawasan minyak baru dibawah pemerintahan Trump.

Perkembangan Terkini Pasaran Matawang Yang Semua Trader Semua Tahu! 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat