AS Dolar Mengundur Dari Paras Tertinggi Selepas Tinjauan PMI Yang Merosot.

481

Matawang AS Dolar hari ini mengundur dari paras tertinggi dua tahun selepas data aktiviti perkilangan Amerika Syarikat yang lemah telah mencetuskan kebimbangan bahawa konflik perdagangan dengan China mungkin menjejaskan negara ekonomi terbesar dunia itu.

Sektor tinjauan PMI perkilangan semalam menunjukkan aktiviti ini mencecah paras terendah dalam hampir satu dekad untuk bulan Mei 2019 sekaligus memberi bayangan untuk kelembapan yang mendadak dalam pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat.

Peningkatan ketegangan perang perdagangan dan data domestik yang lemah telah memacu jangkaan penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve dengan ramalan pemotongan pada Oktober ini.

Tambahan lagi, kelemahan USD sedikit sebanyak membantu Pound Sterling pulih sedikit dari paras 4 bulan terendah sementara Euro naik secara mendadak untuk merekodkan bacaan tertinggi minggu ini.

Walaubagaimanapun, Sterling tetap berisiko untuk dipegang oleh pelabur berikutan ketidaktentuan politik dan Brexit yang tidak menentu. Perdana Menteri Theresa May dijangka mengumumkan tarikh peletakan jawatannya dalam masa terdekat selepas pertemuan dengan ahli parlimen parti.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat