Aset Kripto Ini Melonjak Lebih 160% Selepas Pelancaran Di Binance

569

SuperRare (RARE) mencatatkan lonjakan yang luar biasa dari paras terendah, $1.35 kepada paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $3.79 selepas penyenaraian di platform pertukaran kripto global, Binance.

Pergerakan tersebut membawa kepada peningkatan harga sebanyak 169% sebelum didagangkan kepada nilai semasa artikel ini ditulis, $2.86.

SuperRare merupakan rangkaian desentralisasi non-fungible token (NFT) yang memiliki tiga komponen utama:

  • SuperRare Spaces:galeri yang dipantau dan diteliti oleh komuniti
  • SuperRare DAO:memainkan peranan dalam menentukan bayaran dan komisen
  • Kontrak perlombongan berkuasa: artis/seniman bebas untuk melombong token mereka

RARE diedarkan secara berperingkat, bermula dalam kalangan pencipta tertentu sebelum dilancarkan kepada komuniti pada Ogos.

Kini RARE akan digunakan sebagai pencetus untuk menarik lebih ramai seniman, dan menampilkan lebih banyak koleksi dan galeri di platform itu.

RARE berada di kedudukan ke-248 dengan nilai pasaran mencecah $299.8 juta. Kitaran semasa RARE setakat ini berjumlah 101.756 juta daripada maksimanya, 1 bilion RARE.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat