Astar Network, Acala Network & Moonbeam Bersaing Dapatkan Slot Parachain Polkadot

264

Lelongan parachain Polkadot masih berlangsung, menyaksikan persaingan projek-projek dari ekosistemnya untuk slot yang ditawarkan.

Buat masa sekarang, tiga rangkaian utama yang mendahului perlumbaan ini ialah:

  • Acala Network (jumlah DOT yang terkunci: 30.7 juta)
  • Moonbeam (jumlah DOT yang terkunci: 30.6 juta)
  • Astar Network (jumlah DOT yang terkunci: 6.6 juta)

Untuk pengetahuan, Astar Network menerima sokongan daripada DFG Group dengan peruntukan sebanyak 300,000 DOT ($12.65 juta atau RM52.64 juta) sebagai sokongan untuk memenangi lelongan parachain itu.

DFG sendiri sebenarnya telah membuat perjanjian untuk membolehkan pengguna menyertai lelongan parachain yang dijalankan serentak di Polkadot dan Kusama melalui Bifrost’s Slot Auction Liquidity Protocol (SALP).

Dikatakan mereka merupakan pelabur awal bagi beberapa rangkaian ‘tunas’ termasuk Polkadot, Kusama, Avalanche, Solana, dan Near.

Manakala Astar Network dibangunkan dengan tujuan untuk menubuhkan hub aplikasi desentralisasi di Polkadot yang menyokong Ethereum Virtual Machine (EVM) dan kontrak pintar yang berasaskan Web Assembly.

Astar juga menyelesaikan isu kritikal saling kendali dan sambungan Polkadot dengan Ethereum, yang mana akan membawa peningkatan jumlah pasukan berpengalaman ke ekosistem ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat