AUD/JPY Mencatatkan Penurunan Harga Susulan Data Indeks Keyakinan Pengguna Australia Dikeluarkan Awal Pagi Ini

276

Matawang dolar Australia AUD pada sesi pasaran Asia pagi ini melihatkan kejatuhan pada nilai dagangannya berbanding matawang utama yang lain susulan data indeks keyakinan pengguna Wsetpac dikeluarkan pada jam 7.30 pagi tadi.

Data indeks keyakinan pengguna di Australia hasil tinjauan Westpac mencatatkan angka yang merosot pada kadar -4.8% berbanding bacaan 4.3% sebelum ini.

Bacaan penurunan tersebut adalah yang terendah sejak September 2017 yang lalu ekoran terkesan oleh pertumbuhan ekonomi domestik yang perlahan dan juga pasaran perumahan yang turut merosot.

Selepas data tersebut dikeluarkan, turut menyusul adalah data pesanan mesin jentera teras di Jepun pada jam 7.50 pagi tadi. Pesanan mesin jentera tidak termasuk perkapalan dan peralatan elektrik, jatuh 5.4% pada bacaan Januari selepas kenaikan 0.3% yang dikemaskini untuk bacaan sebelumnya.

Data pesanan kilang juga menurun -1.9% selepas kejatuhan -4.4% pada Disember didorong oleh penurunan 51.2% pada produk kilang tekstil. Data pesanan bukan-perkilangan turut menurun -0.8% selepas kenaikan pada kadar 5.6% sebelumnya.

Di samping data ekonomi yang kurang menyokong dagangan Yen, matawang safe-haven tersebut akan berdepan pula penetapan kadar faedah oleh bank pusat Jepun dalam mesyuarat dasar monetari pada Jumaat ini.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/JPY, harga yang membuat kenaikan sebelum pada permulaan minggu telah menguji paras resistance 78.900 semalam sebelum kembali membuat penurunan pada sesi pasaran Asia pagi ini.

Harga yang membuat penurunan hari ini telah turun lebih rendah berbanding paras Magic Pivot 78.747 sebelum melepasi paras support 78.573 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line susulan data keyakinan pengguna di Australia dikeluarkan awal pagi ini.

Harga semasa setakat jam 11.25 pagi menuju ke paras support MagicS2 dan sedang menguji zon tumpuan harga di paras sekitar 78.400.

Jika harga gagal melepasi zon tumpuan tersebut, jangkaan harga bakal kembali menguji semula paras resistance 78.900 yang gagal ditembusi harga semalam.

Namun, jika harga meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, zon support sekitar 77.800 bakal diuji kembali oleh harga.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengenalpasti paras-paras yang menjadi tumpuan harga.

Paras support: 78.573, 78.330, 78.156.

Paras resistance: 78.990, 79.164, 79.407.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat