AUD/USD Cuba Mendaki Semula Selepas Harga Terjun 150 Pips

165

Meninjau semula pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD untuk minggu lalu, harga dilihat telah memaparkan corak perubahan trend menuju ke penghujung minggu.

Jika diteliti, harga pada mulanya telah membuat penurunan di awal minggu sehingga mencecah paras 0.68500, namun harga berubah arah untuk meningkat semula dari paras tersebut sehingga bersambung selepas mesyuarat FOMC yang menyaksikan kesan penyusutan US dolar.

Kenaikan harga pada Khamis mencapai ketinggian pada 0.70650 sehingga ke penghujung sesi New York, dan pelabur menjangkakan kenaikan lebih tinggi akan berlaku selepas corak perubahan harga tersebut.

Sebaliknya yang berlaku pada Jumaat apabila harga kembali menjunam lebih 150 pips sehingga mencecah ke paras 0.69000 dan melunturkan semula ramalan bagi kenaikan harga.

Minit mesyuarat bank pusat Australia (RBA) pada Selasa akan diberikan perhatian yang dijangka akan mempengaruhi pergerakan dolar Australia.

Memulakan dagangan di awal minggu ini, walaupun perlahan namun harga memaparkan kenaikan pada sesi Asia menuju ke paras 0.7000.

Halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam bakal diuji sebelum kenaikan yang diteruskan melepasi halangan tersebut dan juga menembusi paras 0.7000 boleh mengundang semula jangkaan untuk pergerakan bullish harga minggu ini.

Kenaikan lebih tinggi jika diteruskan bakal menuju ke paras sekitar 0.71000 pula untuk menguji zon tumpuan tersebut.

Seterusnya kenaikan lebih tinggi bakal menuju pula paras 0.71800 menguji zon SBR (support become resistance) selepas isyarat trend bullish yang lebih jelas.

Sebaliknya jika harga menyambung penurunan pada terjunan minggu lalu, harga berkemungkinan susut lebih rendah melepasi paras yang dicecah pada Jumaat iaitu 0.69000.

Meneruskan penurunan lebih rendah bakal menuju sehingga ke zon support untuk dagangan Mei lalu sekitar 0.68300 untuk catatkan paras terendah terbaru 6 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat