AUD/USD Ketara Melonjak Menafikan Tekanan Keputusan Suram RBA

298

Sebagai salah satu mata wang yang sensitif terhadap perubahan sentimen pasaran semasa, dolar Australia telah mempamerkan pergerakan turun naik harga yang menarik selepas keputusan mesyuarat polisi bank pusat Australia di awal minggu.

Setelah Reserve Bank of Australia (RBA) mengumumkan penurunan kadar ke paras terendah terbaru serta pelonggaran polisi monetari, dolar Aussie menunjukkan reaksi penurunan namun hanya sementara sahaja.

Nilai dolar Aussie kemudiannya telah melonjak berbanding US dolar yang mengalami penyusutan nilai menjelang pilihan raya Presiden AS 2020.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD dapat dilihat harga melonjak dari paras sokongan 0.70300 sehingga ke zon resistance sekitar 0.70800 pada Selasa lalu.

Namun, pada Rabu ketika kiraan undian pilihan raya bermula, US dolar yang kembali mengukuh telah mendorong harga menjunam semula menguji zon RBS (resistance become support) pada 0.70800 di sesi Asia semalam.

Namun, pergerakan drastik itu tidak berakhir setakat ini sebelum harga mencanak semula ke paras lebih tinggi walaupun tidak mencapai pada paras ketinggian sebelumnya pada 0.72200.

Dagangan pada sesi Asia hari ini pula perlahan di bawah paras 0.72000 sementara pelabur kekal berwaspada terhadap pelbagai spekulasi berkaitan pilihan raya yang berlegar dalam pasaran.

Jangkaan kenaikan harga akan menuju zon resistance 0.72400 sebelum ke zon resistance utama pada 0.73000.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras-paras sokongan seperti di zon RBS 0.70800 serta 0.70000 dilihat antara destinasi tumpaun seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat