AUD/USD Memulakan Dagangan Minggu Ini Dengan Penurunan Harga

329

Pada mesyuarat dasar monetari minggu lalu, bank pusat Australia telah menurunkan kadar faedah kepada 1.25% daripada 1.50% seperti yang telah dijangkakan oleh pasaran. Reserve Bank of Australia (RBA) membuat keputusan tersebut berdasarkan pertumbuhan GDP untuk suku tahun pertama yang lemah dan juga paling perlahan sejak tahun 2009.

Namun dagangan Aussie berbanding USD dilihat stabil berikutan USD yang turut melemah ketika pelabur berwaspada menantikan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat minggu lalu.

Laporan pekerjaan NFP yang merosot berjaya meningkatkan dagangan harga pada pasangan matawang AUD/USD daripada terus menurun ekoran penurunan kadar faedah oleh RBA.

Permulaan dagangan minggu ini kembali memberi tekanan terhadap Aussie ekoran data data ekonomi China yang dikeluarkan pada sesi Asia pagi ini. Kadar import China mencatatkan bacaan yang merosot dan memberi kesan terhadap matawang dolar AUD.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada AUD/USD sejak sesi pasaran Asia hari ini menunjukkan penurunan sehingga bersambung pada sesi pasaran Eropah.

Kenaikan harga pada AUD/USD pada Jumaat lalu berjaya mencatatkan paras ketinggian pada resistance 0.70200 hampir menyentuh paras resistance MagicR3 pada indicator Moshed Magic Line.

Penurunan harga pada hari ini pula dilihat telah melepasi paras Magic Pivot 0.6994 hari ini dan menyambung penurunan sehingga ke paras support 0.6966 (MagicS1) untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Jika harga meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, jangkaan destinasi tumpuan harga seterusnya adalah pada support 0.6935 (MagicS2) yang berada pada zon RBS lebih rendah.

Penurunan lebih rendah mampu mencecah ke paras support 0.6907 (MagicS3) yang diuji pada dagangan penghujung Mei.

Namun jika harga dilihat kembali membuat kenaikan semula, paras ketinggian pada 0.70200 yang dicapai pada Jumaat lalu akan diuji harga sebelum membuat kenaikan lebih tinggi.

Kenaikan seterusnya berkemungkinan menuju ke paras ketinggian pada 0.70200 yang merupakan zon resistance pada bulan April atau lebih tinggi lagi menuju ke resistance 0.7082 (MagicR3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 0.6966, 0.6935, 0.6907.

Paras resistance: 0.7024, 0.7052, 0.7082.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat