AUD/USD Pamer Kenaikan Di Sesi Asia, Bakal Sambung Penurunan Semula?

352

Matawang komoditi seperti dolar Australia dan dolar New Zealand pamerkan kenaikan pada nilai dagangan di sesi Asia hari ini berbanding US dolar.

Namun, pelabur belum melihat faktor yang jelas terhadap pergerakan harga tersebut dengan hanya didorong oleh penyusutan semula US dolar selepas pengukuhan dipamerkan pada sesi New York.

Walaupun sentimen keyakinan perniagaan di Australia diterbitkan dengan angka yang lemah sebentar tadi, namun dolar Australia kekal catatkan kenaikan.

Antara faktor yang menyokong dagangan dolar Aussie adalah penurunan kes Covid-19 di Victoria, Australia yang sebelum ni mencatatkan peningkatan kes yang membimbangkan.

Pelabur kekal berwaspada menjelang laporan data pekerjaan Australia pada Khamis dengan ramalan penurunan pada angka bacaan untuk bulan Julai. Kadar pengangguran turut dijangka sedikit meningkat.

Dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD, harga bergerak mendatar di bawah paras 0.71800 pada zon SBR (support become resistance) untuk awal minggu ini selepas penurunan dari zon resistance 0.72400 minggu lalu.

Pada sesi Asia hari ini, harga telah menunjukkan kenaikan melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta AUD/USD dan kembali menguji paras 0.71800.

Jika harga kekal meneruskan kenaikan, paras resistance 0.72400 akan kembali menjadi tumpuan untuk harga menguji semula zon resistance tersebut.

Melepasi paras tersebut akan mendorong harga terus mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan Januari 2019.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras tumpuan yang dilihat bakal menjadi destinasi penurunan harga adalah pada support 0.70800.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat