Dolar Aussie Dan Kiwi Mula Tunjuk Belang Pada Sesi Asia

347

Dolar Aussie telah memanjangkan penyusutannya sejak Jumaat sehingga ke minggu ini, dengan didagangkan di sekitar paras harga 0.7147 berbanding US dolar.

Bagaimanapun matawang itu kembali memaparkan kenaikan pada sesi Asia hari ini walaupun selepas data keyakinan perniagaan oleh National Australia Bank (NAB) menunjukkan kejatuhan ketara pada bulan Julai.

Tinjauan keyakinan perniagaan merosot kepada -14 pada Julai, daripada 0 yang direkodkan pada Jun. Ini berbeza pula dengan indeks keadaan perniagaan Australia yang menunjukkan peningkatan kepada 0 draipada -8 yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Menurut Ketua Ekonomi NAB, Alan Oster, kemerosotan ini adalah berpunca daripada kebangkitan semula kes coronavirus yang membimbangkan di Victoria dan New South Wales sehingga menyebabkan langkah penutupan dikenakan semula.

Dalam pada itu, menurut data mingguan pada Selasa menunjukkan pekerjaan di Australia adalah stabil pada bulan Julai walaupun dengan penutupan di Victoria.

Jumlah pekerjaan di seluruh negara telah berkurang 0.1% pada bulan Julai, di mana Victoria mencatatkan kejatuhan 1.5%, menurut Biro Statistik Australia (ABS).

Wabak ini telah melanda dua sektor yang paling menguntungkan di Australia iaitu pelancongan dan pendidikan. Reserve Bank of Australia (RBA) memberi amaran bahawa pertumbuhan ekonomi boleh menguncup sebanyak 6% tahun ini disebabkan Covid-19.

Sementara itu, dolar New Zealand turut meraih peningkatan pada sesi Asia dengan didagangkan meningkat pada 0.6610 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat